Tuesday, 22 November 2011

TIPS PENOLAKAN PECAHAN BAHAGIAN 2

Penolakan pecahan daripada nombor bulat atau nombor bercampur ada cara-cara tertentu menyelesaikannya. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti: 
A) Apabila menolak pecahan daripada 1, tukarkan nombor bulat kepada pecahan.
    contoh :



 


b) Apabila menolak nombor bercampur yang mempunyai penyebut sama nilai,kekalkan penyebutnya dan tolakkan pengangkanya.                         
Contoh:


c)


Apabila kedua-dua pecahan adalah nombor bercampur, 
tolakkan nombor bulat terlebih dahulu. Kemudian tolakkan pecahan.
Contoh:


d)


Apabila menolak dua nombor bercampur, tolakkan nombor bulat dahulu kemudian tolakkan nombor pecahan. Jika penyebutnya tidak sama, 
tukarkan kepada pecahan setara.

Contoh:


e)


Apabila menolak dua nombor bercampur, tolakkan nombor bulat dahulu kemudian tolakkan nombor pecahan. Jika terpaksa mengumpul semula, 
lakukan mengumpul semula dengan mendapatkan nilai satu daripada nombor bulat.

Contoh:  

f) Jika menolak pecahan daripada nombor bulat, 
tukarkan nombor bulat kepada pecahan.

Contoh:


g)


Jika menolak nombor bercampur daripada nombor bulat,tukar nombor bulat kepada pecahan.

Contoh:
Read More..

Monday, 21 November 2011

OPERASI BERGABUNG PECAHAN TAMBAH DAN TOLAK ( BAHAGIAN 1 )

HASIL PEMBELAJARAN

-Mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nombor bercampur, penyebut pecahannya sama hingga 10.
- Mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nombor bercampur, penyebut pecahannya tidak sama hingga 10.


adik-adik sudah tentu masih ingat bukan?
PENAMBAHAN dan PENOLAKAN 
pecahan

pembelajaran hari ini akan menggabungkan
 kedua-dua operasi
TAMBAH dan TOLAK

kita lihat contoh untuk soalan yang melibatkan
NOMBOR BERCAMPUR , PENYEBUT PECAHAN SAMA


adik-adik
ketahuilah..
konsep operasi bergabung ini juga sama seperti 
operasi tambah dan tolak..
kita asingkan nombor bulat dengan pecahan..
kemudian selesaikan satu-persatu..

( 2 + 3 - 1 ) + (2/5 + 1/5 - 2/5)
= (5 - 1) + ( 3/5 - 2/5)
= 4  1/5

MUDAH BUKAN??
seterusnya...kita akan belajar operasi bercampur lagi..

namun..
kali ini melibatkan

NOMBOR BERCAMPUR DAN PENYEBUTNYA TIDAK SAMA


sepertimana operasi tambah dan tolak, 
pastikan penyebut pecahan sama terlebih dahulu 
sebelum menolak mahupun menambah pecahan tersebut.

semoga adik-adik mudah memahami apa yang diajar~
Read More..

Sunday, 20 November 2011

OPERASI BERGABUNG PECAHAN TAMBAH DAN TOLAK ( BAHAGIAN 2 )

HASIL PEMBELAJARAN


-Menyelesaikan masalah operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nombor bercampur dalam situasi harian.



adik-adik...
tentu adik-adik masih ingatkan..
pecahan juga berkait rapat dengan kehidupan seharian kita..

tidak ketinggalan walaupun pecahan tersebut 
terdiri daripada operasi 
tambah dan tolak

jom kita lihat contoh

contoh :

Marina mempunyai sebalang guli yang berwarna-warni. Balang tersebut mengandungi 250 biji guli. Ayahnya telah memberikannya      1 1/5 daripada jumlah guli yang dia ada sebagai hadiah. Namun begitu, selepas bermain bersama rakannya dia mendapati gulinya hilang sebanyak 1 6/25 daripada jumlah yang asal. Berapakah jumlah guli yang dimilikinya sekarang?

Langkah pertama ialah keluarkan semua isi penting:

Jumlah asal guli = 250
Hadiah dari ayah = 1 1/5 x 250
                          = 300
Hilang =  1  6/25 x 250
          = 310

Jumlah yang tinggal = jumlah asal guli + hadiah dari ayah - hilang
                              = 250 + 300 - 310
                              = 240

mudah bukan..
adik-adik..
jangan lupa ulangkaji, ya...

semoga dipermudahkan untuk memahami topik ini~
Read More..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...