Sunday, 27 November 2011

PECAHAN TAHUN 6

PENAMBAHAN PECAHAN

Aras1
* Menambah nombor bercampur dengan nombor bulat.
* Menambah nombor bercampur dengan pecahan wajar yang penyebut pecahannya sama.
* Menambah dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya sama.

Aras 2
* Menambah nombor bercampur dan pecahan wajar yang penyebut pecahannya tidak sama.
* Menambah dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya tidak sama.

Aras 3
* Menambah tiga nombor yang melibatkan nombor bercampur, nombor bulat dan pecahan wajar
* Menambah tiga nombor bercampur.
* Menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan nombor bercampur dalam situasi harian.


PENOLAKAN PECAHAN

Aras 1
* Menolak pecahan wajar daripada nombor bercampur yang penyebut pecahannya sama.
* Menolak nombor bulat daripada nombor bercampur yang penyebut
pecahannya hingga 10 dan sebaliknya.
* Menolak nombor bercampur daripada nombor bercampur yang penyebut pecahannya sama.

Aras 2
* Menolak pecahan wajar daripada nombor bercampur yang penyebut pecahannya tidak sama.
* Menolak dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya tidak sama.

Aras 3
* Menolak berturut-turut yang melibatkan nombor bulat dan nombor bercampur.
* Menolak berturut-turut yang melibatkan tiga nombor bercampur.
* Menyelesaikan masalah yang melibatkan penolakan nombor bercampur dalam situasi harian.

OPERASI BERGABUNG TAMBAH DAN TOLAK MELIBATKAN PECAHAN

Aras 1
* Mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nombor bercampur, penyebut pecahannya sama hingga 10.
*Mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nombor bercampur, penyebut pecahannya tidak sama hingga 10.

Aras 2
* Menyelesaikan masalah operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan nombor
bercampur dalam situasi harian.
Read More..

PENAMBAHAN PECAHAN BAHAGIAN 1

PENAMBAHAN PECAHAN BAHAGIAN 1 
Hasil Pembelajaran
  1.    Menambah nombor bercampur dengan nombor bulat.
  2.   Menambah nombor bercampur dengan pecahan wajar yang penyebut pecahan sama.
  3. Menambah dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya sama.
MASIHKAH MURID - MURID INGAT?


terdapat jenis PECAHAN

                               (pecahan wajar)                   (pecahan tak wajar)        (nombor bercampur)

Nombor bercampur terdiri daripada:


pembelajaran pada hari ini tertumpu kepada PENAMBAHAN 

lihat contoh-contoh di bawah:

nombor bercampur +  nombor bulat
INGAT ADIK-ADIK!!

Sekiranya nombor bercampur ditambah dengan nombor bulat, maka;
TAMBAH NOMBOR BULAT terlebih dahulu.

contohnya:
1 1/2 + 1 =1+1+1/2 = 2 1/2

JOM KITA CUBA       

2 + 9/10 =

5/6 + 2 =

3/8 + 2 5/8 =

7 4/9 + 2/9 =

2 2/5 + 7 1/5 =

3 5/8 + 2 1/8 =

SELAMAT MENCUBA ADIK - ADIK.....


CUBA TENGOK VIDEO NI
Read More..

Saturday, 26 November 2011

PENAMBAHAN PECAHAN BAHAGIAN 2

PENAMBAHAN PECAHAN BAHAGIAN 2

HASIL PEMBELAJARAN

-Menambah nombor bercampur dan pecahan wajar yang penyebut pecahannya tidak sama.
-Menambah dua nombor bercampur yang penyebut pecahannya tidak sama.



ADIK-ADIK SUDAH BERSEDIA?
masihkah adik-adik ingat pembelajaran pecahan yang lalu?
BAGUS!!


jika begitu, marilah kita menyambung pembelajaran kita dengan subtopik yang lain pula
mari kita mahirkan diri LAGI dengan tajuk

PENAMBAHAN PECAHAN

..namun..
kali ini kita akan belajar penambahan..

NOMBOR BERCAMPUR +  PECAHAN WAJAR YANG PENYEBUTNYA TIDAK SAMA

ingat adik-adik PENYEBUT ialah TIDAK SAMA
jadi..



faham tak adik-adik?
begini..

adik-adik..
untuk samakan penyebut, 
adik-adik perlu tahu 
GANDAAN SEPUNYA TERKECIL 
yang SAMA bagi kedua-dua pecahan..

selepas melakukan penambahan..
adik-adik jangan lupa untuk menukarkan pecahan tersebut kepada 
PECAHAN SETARA yang TERKECIL..

seterusnya..
kita akan belajar penambahan

NOMBOR BERCAMPUR + NOMBOR BERCAMPUR YANG PENYEBUT PECAHAN TIDAK SAMA

sepertimana penambahan yang tadi..
kita perlu memastikan 
kedua-dua pecahan di dalam nombor bercampur 
mempunyai PENYEBUT yang SAMA 

jom kita lihat contoh:

sama seperti penambahan sebelum ini..
adik-adik perlu mencari
GANDAAN SEPUNYA TERKECIL 
bagi kedua-dua pecahan di dalam nombor bercampur

kemudian..
barulah adik-adik tambahkan hasil kedua-dua nombor bercampur tersebut.
jangan lupa untuk memberikan nilai pecahan yang terkecil..

mari menguji kefahaman adik-adik!!

3 5/7 + 4/6
7/8 + 4  4/7
6  3/4 + 1  2/3
2 4/5 + 6 1/2

selamat mencuba adik-adik!!

Read More..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...